Kenali Kulit Sebelum Produk
Semua orang pun mahu kulit wajah yang cantik. Definisi cantik mungkin berbeza antara satu sama lain, tapi rata - rata setuju yang kulit yang cantik itu adalah kulit yang bersih, anjal, cerah, mulus tiada cela. Kalau perlu disimpulkan dalam satu perkataan mungkin "GLOWING" itu tidak keterlaluan. Sebab kulit yang glowing, ada semua ciri - ciri yang disebutkan tadi. Lebih cantik lagi kalau glowing itu nampak semula jadi, bukan disebabkan tampalan bedak yang melampau.
.
Pada pandangan peribadi penulis sebagai seorang lelaki, kulit yang bersih dan nampak glowing semulajadi, seolah datang dari dalam itu yang paling "sedap" dipandang mata.
.
Tentulah menjaga kulit ini satu kerja yang rumit. Dari mengekalkan kebersihan, merawat penyakit, menjaga makan, mengekalkan kesihatan diri, menjaga mood, dan memilih produk yang betul. Tapi semuanya boleh jadi mudah, kalau dibekalkan dengan ilmu yang betul.
.
Dalam keinginan mempunyai wajah yang jelita atau mungkin sahaja "nampak yakin", kita sering terperangkap dengan janji - janji manis kapitalis yang menjual produk kecantikan dengan berkiblatkan wang ringgit. Jangan lagi tertipu dengan produk - produk picisan yang dijual dengan harga premium.
.
Tahu dengan yakin, apa yang benar - benar anda perlukan, pilih produk dengan betul. Dan untuk memilih produk dengan betul, ada banyak aspek yang perlu diambilkira. Mari kita bermula dengan aspek yang paling penting sekali: kenali kulit muka sendiri.
.
Kulit terdiri dari 3 lapisan, epidermis, dermis dan lemak. Lapisan epidermis ni lapisan paling luar sekali. Inilah lapisan yang kita nampak kat cermin, yang berparut,
berjeragat, jerawat, pigmentasi, glowing atau kusam. Lebih tepat lagi, apa yang kita nampak adalah sel kulit yang sudah tua dan akan menggelupas tak lama lagi.
.
Sel kulit baru akan tumbuh pada bahagian bawah epidermis dan bergerak perlahan - lahan ke luar. Dalam masa 4 - 5 minggu, lapisan ini akan disingkirkan. Jadi kalau
kulit bermsalah, sel kulit yang baru ini adalah harapan untuk anda pulihkan semula kulit kalau dijaga dengan betul.
.
Lapisan pertengahan dipanggil dermis. Lapisan ni memberi keanjalan dengan adanya serat kolagen dan elastin. Kolagen dan elastin ni memberi keanjalan dan
kekuatan kepada kulit. Kulit dah tak anjal? Dah kurang kolagen lettew!
.
Lapisan paling bawah sekali adalah lapisan lemak, gunanya untuk melekatkan kulit pada otot ataupun tulang. Lapisan ni juga jadi "stor" simpanan lemak.
Lemak ni sangat berguna untuk kurangkan kesakitan klau kita jatuh. Macam tilam gitu.
.
Baik, jom fokus kat penjagaan muka. Macamana nak kenal jenis kulit muka. Eh, chopp. Kenapa pula nak kenal kulit muka? Kan banyak produk kat luar tu, beli dan sapu
je lah!
.
Hmm, kalau anda kata gini, jangan rasa pelik kalau usaha nak hilangkan jerawat, cantikkan muka tu tak sampai kemana. Kenapa? Lain jenis kulit, lain cara jaganya
dik oii. Kalau guna penjagaan kulit berminyak untuk kulit kering, bertambah kering lah muka tu. Kalau guna pelembap untuk muka berjerawat, makin membusut lah jerawat tu.
.
Ehh. macamana tu?
.
Gini, produk untuk kulit di "design" untuk kegunaan kulit tertentu. Bila terlalu berminyak formula akan diadun untuk bersihkan minyak pada kulit. Kena faham yang
kulit hasilkan minyak untuk beri kelembutan pada kulit dan supaya kalis air. Korang bayangkan kalau kulit kita tak kalis air, lepas mandi, kena perah pulak kulit bagi
kering. Cuma bila minyak ni berlebihan, muka jadi berkilat, pori tertutup - jadi jerawat. Jadi pembersih muka "untuk kulit berminyak" tadi akan bersihkan minyak
berlebihan tu. Kulit berminyak tak ada masalah guna formula ni. Lepas bersihkan, banyak lagi minyak baru akan terhasil.
.
Tapi apa jadi kalau orang yang kulitnya kering (kurang berminyak) pakai formulasi ni? Yup, bertambah kering. Sudah lah minyak yang dihasilkan sangat sikit, dibasuh pula.
Kulit akan jadi tak lembut, menggelupas dan nampak kering.
.
Kalau kulit kombinasi nak kena beli dua - dua ke? - Ini kita cerita di lain hari. Sekarang, kenal kulit dulu. Sebab ada orang yang samar2 jenis kulitnya, macam berminyak
macam tak. kombinasi pun bukan. Jadi kita buat gini:
.
.
Radas: Kertas penyerap minyak.
.
Dab (Tepuk tepuk, tak tahu la apa istilah sia yang betul) kat beberapa bahagian muka, Zon - T, Pipi, dagu dahi. Lepas tu tengok cahaya, macam orang tgk x-ray.
.
Keputusan:
----------
1. Kertas kering / tak berapa berminyak - Kulit kering
2. Kertas berminyak pada T Zon, bahagian lain sederhana - Kulit normal / kombinasi
3. Kertas berminyak - minyak - Kulit berminyak.
.
Siap. Senang je kan? Cuba lah dulu. Nanti kita sambung dengan cara penjagaan untuk semua jenis kulit

Comments
Post a Comment