Posts

Jenis kulit - Tak kenal maka tak jaga

Sebelum ini kami telah kongsikan satu cara untuk mengenal jenis kulit anda . Kali ini kami kongsikan satu lagi kaedah yang anda boleh cuba.  . Secara asasnya, ada 4 jenis kulit - Normal, berminyak, kering dan kombinasi. Amat penting untuk seseorang yang mahu kulitnya kelihatan sihat untuk kenal jenis kulitnya sendiri. Kenapa? Sebab ini akan menentukan bagaimana hasil penjagaan kulit yang akan diperolehi. . Ada orang yang jaga kulit bersungguh - sungguh, tapi kulitnya masih bermasalah. Ada yang agak "ringan"penjagaan kulitnya, tapi wajahnya cantik jelita. Kuncinya adalah dengan mengenal jenis kulit sendiri, kerana lain jenis kulit, lainlah penjagaannya. . Kalau orang yang kulitnya berminyak menjaga kulitnya dengan cara penjagaan kulit kering, wajahnya akan bertambah berminyak, jerawat akan bertambah banyak. Begitu juga sebaliknya. . Ada beberapa ciri yang kita boleh perhatikan pada kulit wajah. Bila kita kenal pasti ciri - ciri ini, bolehlah kita jadikan ia sebagai kayu ar...

Kenali Kulit Sebelum Produk

Semua orang pun mahu kulit wajah yang cantik. Definisi cantik mungkin berbeza antara satu sama lain, tapi rata - rata setuju yang kulit yang cantik itu adalah kulit yang bersih, anjal, cerah, mulus tiada cela. Kalau perlu disimpulkan dalam satu perkataan mungkin "GLOWING" itu tidak keterlaluan. Sebab kulit yang glowing, ada semua ciri - ciri yang disebutkan tadi. Lebih cantik lagi kalau glowing itu nampak semula jadi, bukan disebabkan tampalan bedak yang melampau. . Pada pandangan peribadi penulis sebagai seorang lelaki, kulit yang bersih dan nampak glowing semulajadi, seolah datang dari dalam itu yang paling "sedap" dipandang mata.  . Tentulah menjaga kulit ini satu kerja yang rumit. Dari mengekalkan kebersihan, merawat penyakit, menjaga makan, mengekalkan kesihatan diri, menjaga mood, dan memilih produk yang betul. Tapi semuanya boleh jadi mudah, kalau dibekalkan dengan ilmu yang betul. . Dalam keinginan mempunyai wajah yang jelita atau mungkin sahaja "...

Dermags - Cerah Jelita Si Kulit Manggis

Image
DERMAGs ======== Dermags adalah rangkaian penjagaan kulit yang dilahirkan dari kajian extensif Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berasaskan bahan semulajadi iaitu kulit manggis. Kulit manggis digunakan secara tradisional untuk kecantikan wajah. Pada zaman dahulu, kulit manggis dikeringkan dan dijadikan bedak sejuk kerana dipercayai mampu menikkan seri wajah dan mencerahkan kulit. . Namun hasil kajian yang diketuai oleh Dr. Mariani Abdul Hamid, Ketua Jabatan Kosmetiseutical dan wangian, Institut Pembangunan Bioproduk, UTM, dari 11 bahan yang terkandung dalam kulit manggis, hanya satu yang mampu mencerahkan kulit. Selebihnya mempunyai kesan sebaliknya iaitu menggelapkan kulit. Jadi jika anda bercadang untuk memproses sendiri kulit manggis di rumah pada hujung minggu ini, mohon pertimbangkan semula *smile* . . Bila berbicara tentang produk kosmetik, tidak lengkap jika tidak berbicara tentang korea selatan. Perkembangan industri kosmetik di negara tersebut berkembang pesa...