Jenis kulit - Tak kenal maka tak jaga

Sebelum ini kami telah kongsikan satu cara untuk mengenal jenis kulit anda. Kali ini kami kongsikan satu lagi kaedah yang anda boleh cuba. 
.
Secara asasnya, ada 4 jenis kulit - Normal, berminyak, kering dan kombinasi. Amat penting untuk seseorang yang mahu kulitnya kelihatan sihat untuk kenal jenis
kulitnya sendiri. Kenapa? Sebab ini akan menentukan bagaimana hasil penjagaan kulit yang akan diperolehi.
.
Ada orang yang jaga kulit bersungguh - sungguh, tapi kulitnya
masih bermasalah. Ada yang agak "ringan"penjagaan kulitnya, tapi wajahnya cantik jelita. Kuncinya adalah dengan mengenal jenis kulit sendiri, kerana lain jenis kulit,
lainlah penjagaannya.
.
Kalau orang yang kulitnya berminyak menjaga kulitnya dengan cara penjagaan kulit kering, wajahnya akan bertambah berminyak, jerawat akan bertambah banyak. Begitu juga sebaliknya.
.
Ada beberapa ciri yang kita boleh perhatikan pada kulit wajah. Bila kita kenal pasti ciri - ciri ini, bolehlah kita jadikan ia sebagai kayu aras untuk penjagaan wajah.
.
contohnya orang yang kulitnya berminyak akan mempunyai pori yang lebih besar dari normal. Bila kita mencuba produk, dan kita dapati pori semakin bertambah besar, maka sah lah, produk tadi menyebabkan kulit kita semakin berminyak. Atau pori menjadi terlalu halus, maka tahulah kita bahawasanya kita sudah terlebih sukatan penggunaan.
.
Jadi bagaimana ya? Kami kongsikan ciri - ciri perbezaan antara jenis - jenis kulit. Habis baca, jangan lupa untuk like page kami sebab kami akan terangkan pula cara berbeza untuk menjaga kulit yang berbeza.
.
Kemudian cepat - cepat pergi ke cermin dan lihat wajah anda. Terus buat catatan minda "Owh, aku ni berkulit jenis ini rupanya"
.
Kulit Normal
------------
Ini kulit orang BERTUAH sebab senang nak jaga. Tak terlalu berminyak atau terlalu kering. Selalunya tiada atau sangat kurang sekali "kerosakan" yang dialami seperti jerawat dan bintik hitam. Tidak terlalu sensitif, pori tidak terlalu kelihatan - just nice biasanya orang berkulit normal ni nampak gebu dan glowing.
Kulit Kombinasi
---------------
Kulit jenis ni adalah gabungan kulit normal, berminyak dan kering. Sebahagian kulit kering sebahagian lagi berminyak terutamanya pada bahagian zon - T (Hidung dan kening). Liang pori sedikit besar dari biasa, biasanya ada bintik hitam. Sekali imbas, kulit muka kelihatan berkilat seperti orang yang mempunyai kulit berminyak.
Kulit kering
------------
Kulit jenis ini perlukan lebih perhatian dan penjagaan yang lebih rapi. Orang yang memiliki kulit jenis ni mempunyai pori yang hampir tidak kelihatan. Kulit kelihatan
kusam, kadang kala ada tompokan kemerahan, kurang meregang dan nampak kedutan.
.
Kalau anda mempunyai kulit kering, ambil perhatian yang lebih dengan penjagaan kerana kulit kering mudah merekah, terkupas dan rasa gatal. Kalau kulit menjadi terlalu kering,
ia akan menjadi kasar dan bersisik.
.
Kulit berminyak
---------------
Tanda kulit berminyak ialah pembesaran liang pori, kulit berkilat dan mudah untuk tumbuh jerawat, bintik hitam dan segala macam cela. Biasanya kulit jenis ini sangat bermasalah dan perlu penjagaan berterusan.
.
Selain kadar "keminyakan" wajah, ada satu lagi jenis kulit yang kita perlu tahu iaitu kulit sensitif.
.
Kulit sensitif
---------------
Kulit sensitif ialah kulit yang mudah terkesan dengan pelbagai punca. Mudah merah, gatal, kering dan rasa terbakar. Maka amat penting untuk pemilik kulit jenis ini menguji apakah bahan yang mengakibatkan kesan seperti di atas dan elakkan.
.
Sampai sini dahulu, selepas ini kami akan kongsikan pula teknik penjagaan yang betul untuk setiap jenis kulit.

Comments

Popular posts from this blog

Dermags - Cerah Jelita Si Kulit Manggis

Kenali Kulit Sebelum Produk