Dermags - Cerah Jelita Si Kulit Manggis

DERMAGs
========

Dermags adalah rangkaian penjagaan kulit yang dilahirkan dari kajian extensif Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berasaskan bahan semulajadi iaitu kulit manggis.
Kulit manggis digunakan secara tradisional untuk kecantikan wajah. Pada zaman dahulu, kulit manggis dikeringkan dan dijadikan bedak sejuk kerana dipercayai mampu
menikkan seri wajah dan mencerahkan kulit.
.
Namun hasil kajian yang diketuai oleh Dr. Mariani Abdul Hamid, Ketua Jabatan Kosmetiseutical dan wangian, Institut Pembangunan Bioproduk, UTM, dari 11 bahan
yang terkandung dalam kulit manggis, hanya satu yang mampu mencerahkan kulit. Selebihnya mempunyai kesan sebaliknya iaitu menggelapkan kulit. Jadi
jika anda bercadang untuk memproses sendiri kulit manggis di rumah pada hujung minggu ini, mohon pertimbangkan semula *smile*
.

.
Bila berbicara tentang produk kosmetik, tidak lengkap jika tidak berbicara tentang korea selatan. Perkembangan industri kosmetik di negara tersebut berkembang pesat
selari dengan perkembangan industri hiburannya. Keadaan ini menyebabkan produk kosmetik yang dihasilkan negara berkenaan menjadi sangat sofistikated.
Permintaan kosmetik dari negara berkenaan meningkat naik di seluruh dunia dan kini menjadi negara pengeksport kosmetik terbesar di dunia. Kekuatan mereka?
Mengeluarkan produk berasaskan amalan tradisional orang Asia. Dan oleh kerana kulit mulus dan "glowing" milik penduduk asia telah lama dicemburui, tidak hairanlah
industri kosmetik korea ini mendapat tempat di mata masyarakat antarabangsa. Malahan kerajaan korea selatan sentiasa melaburkan sejumlah wang untuk teknologi kosmetik
terkini. Kerana SIGNIFIKANnya kajian Dr. Mariani ini, ia telah mendapat tajaan dari Universiti Dongguk, Korea Selatan dan UTM sendiri.
.
Kajian selama peringkat PhD yang bernilai jutaan ringgit ini telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Dongguk, Korea Selatan yang di selia oleh
Prof. Park Chang Cheo - Pengarah Korean International Cosmetic Research Institute. Kredibiliti beliau sebagai pakar kosmetik sudah tidak dipertikai lagi.
Produk kosmetik terkenal dunia dari Korea seperti IOPE, LANEIGE, AMORE PACIFIC, HANSKIN, TONY MOLY adalah antara produk yang lahir, hasil kerja tangan beliau.
.
Mahu kulit glowing seperti artis korea? Dermags boleh membantu.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis kulit - Tak kenal maka tak jaga

Kenali Kulit Sebelum Produk